Thursday, October 16, 2008

Nota Virtualbox dalam Ubuntu #1

Dah hampir sebulan menggunakan Ubuntu 8.04 (Hardy Heron) yang dipasang pada notesbook Acer TravelMate 3280.


Dapat juga kesempatan mencuba dan menggunakan Sun's VirtualBox 2.0.2., dan memasang Windows XP (lite). Tujuan konfigurasi sebegitu, adalah untuk membolehkan saya mencuba Ubuntu dan juga menggunakan perisian Windows dalam komputer yang sama.

Notebook ini dikhaskan untuk staf PPKT dan telah diupgrade RAM dari 512MB kepada 4 GB.
Cuma dengan menggunakan Ubuntu (32 bit ini) hanya 3.2 GB RAM sahaja dapat digunakan.
(mungkin pada masa akan datang, akan cuba versi 64-bit).

Windows XP sebagai VM Guest sebelum ini tiada masalah untuk digunakan, malah beberapa kali digunakan untuk penyelenggaraan akaun-akaun Lotus Notes di USM.

Cuma tertarik dengan satu masalah.. 'spawning session' (dialog box) semasa memulakan VirtualBox.

"New windows xp guest. Configured the guest as usual and clicked on Start. A small window pops up titled "windowsvb: Spawning session". A progress bar is at and stays at 0%. I can't stop the window. I have to kill the process"

Penyelesaian:

1. Kill dulu tetingkap program yang 'hang'.

-----> Alt-F2 (run) , xkill

-----> Klik pada tetingkap Virtualbox yang 'hang' tadi.

lihat: http://ubuntuforums.org/archive/index.php/t-37712.html


2. Run the command, "sudo /etc/init.d/vboxdrv setup" pada Terminal Window.

3. Masalah selesai.



Penerangan:


1. Masalah ini berkaitan dengan module 'vboxdrv' yang tidak dimuatkan (loaded) semasa boot-time.

----> boleh guna sudo modprobe vbodrv

atau

edit /etc/modules untuk add 'modprobe vboxdrv', supaya ia boleh dimuatkan secara automatik pada 'next boot'.


2. Lagi satu, selepas sebarang Kernel Upgrade (biasanya selepas Auto Update),

run 'sudo /etc/init.d/vboxdrv setup'

lihat: http://ubuntuforums.org/showthread.php?t=921774



Gelabah juga kalau tak boleh run Windows XP dalam Virtualbox.

Nasib baik dah buat backup ke 'Shared-Folder' pada VM Host (ubuntu).

Lepas ini finalize-kan dengan menyalin fail 'archive, replica dan ID' ke dalam thumbdrive.




Wednesday, January 9, 2008

Dr Sheikh Muszaphar turun ke USM

Baru-baru ini aku ada membuat rakaman video semasa lawatan beliau ke USM.

Silakan lihat playlist yang aku sediakan ini.

Friday, May 11, 2007

Catatan Pertamaku

Assalamualaikum.

Setelah lama melihat dan mengikut perkembangan blog yang ada, aku akhirnya tergerak juga untuk ingin mencuba membuat blogku sendiri.

Maka, inilah pertama kalinya aku melangkah ke alam blog.

InsyaAllah, aku akan cuba mempelajari banyak perkara, sedikit demi sedikit.